Tuesday, February 9, 2016

Second trial



Assalamualaikum,

8 hb setelah dua hari lewat, keluar darah pukul 6 petang. Dia datang tanpa ada rasa kram diperut dan hanya sedikit stain sehari sebelumnya yang hanya tercomot di tuala. Kebiasaannya tiga empat hari sebelum darah sebenar, saya mengalami brown spotting yang semakin hari akan semakin bertukar ke darah merah. Namun demikian kali ini sedikit berbeza. Walaupun berbeza sebenarnya inilah period yang biasa saya dapat sebelum saya mula berjumpa dokter dan mengambil ubat hormon membantu untuk hamil.

Dua tahun sudah, saya mula berjumpa dokter kerana setelah hampir setahun berusaha, saya tidak hamil. Dari klinik pertama yang kami pergi, saya telah diberikan rawatan klomid. Pada masa itu hanya sebutir fibroid yang ditemukan dan letaknya jauh di dalam otot rahim dengan ukuran 1cm. Tak ada masalah, ovum ada dan matang. Setelah berkali kali rawatan dengan komid, kami pindah ke iui di  Metro Klang. Pada hari IUI, kami diberitahukan bahawa sperm hanya berjumlah 1juta dan berenang lemah. Kami disarankan untuk memeriksa kualiti sperm semula. Sebelum itu kami ada buat pemeriksaan sperm, tapi normal sahaja.

Bermula dari situ, suami tidak mahu lagi di Metro. Kami periksa sperm di SDMC, hasilnya sama, tidak beberapa baik namun demikian dokter yang menjelaskan keadaan mengatakan agar tidak perlu risau.

Kami memutuskan untuk focus kerja dan mencuba secara natural, sehingglah bos suami memberitahu bahawa ada rakan sekerja yang 15 tahun tak ada zuriat, berjaya di Sunfert. bermulalah kami menerima rawatan di situ. Suami lebih yakin kerana kawannya berubat disitu juga.

Pada pemeriksaan sperm pertama kali, hasilnya masih sama bila dilihat angka-angkanya, namun dokter kali ini berterus terang mengatakan bahwa kualiti sperm tidak bagus dan menyarankan kami melakukan IVF. di Sunfert juga saya di diagnosa dengan PCOS ringan , adenomyosis, fibroid 2 butir. Ini cerita secara singkat bagaimana kami boleh berada di situasi ini sekarang.

IVF pertama gagal. tahun 2015, bulan August.

Hari ini adalah hari kedua masuk hari ketiga period. Saya tak dapat melelapkan mata kerana esok kami akan ke sunfert dengan harapan untuk scan rahim, mengetahui keadaan apakah kami sesuai untuk menjalani FET kali kedua. Kami tidak buat appoinment kerana sunfert tutup pada hari raya cina dan susah juga period lewat 2 hari. Jadi esok kami akan datang terus ke sunfert.

Kali ini saya memutuskan tidak mahu memberitahu keluarga atau sesiapa yang mengenali kerana tekanannya besar, dan tidak semua memahami situasi tersebut.